BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 7, 2009

Guru Cemerlang




Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.
Ciri- ciri guru Cemerlang

Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi kualiti:

a. Peribadi
Guru Cemerlang ¡alah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan
prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.

b. Pengetahuan dan kemahiran
guru Cemerlang ¡alah guru yang menguasai dan menghayati kandungan matapelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran,
mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan
program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

c. Hasil kerja
Guru Cemerlang ¡alah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning
outcomes) ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.




d. Komunikasi guru Cemerlang
¡alah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.
e. Potensi guru Cemerlang
¡alah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsive dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan Negara
Guru Cemerlang ¡alah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

0 comments: