01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat. 
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja. 
12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain. 
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Sekian, Wassalam.
Sunday, September 6, 2009
PANDUAN ANAK SOLEH
Posted by SERIKANDI_BIOLOGI at 10:46 AM 0 comments
Saponification
Definition: Usually, a process by which triglycerides are reacted with sodium or potassium hydroxide to produce glycerol and a fatty acid salt, called 'soap'.
Lipids that contain fatty acid ester linkages can undergo hydrolysis. This reaction is catalyzed by a strong acid or base. Saponification is the alkaline hydrolysis of the fatty acid esters.
Example: An example of the reaction is:
see what Kami berlima Have done in the lab....
Epa duduk dihujung mencari jawapan...
sabun yang telah dihasil kan
Nad yang tekun menuras sabun

bermula sejarah sabun...
PREPARATION OF SOAP
INTRODUCTION:
The preparation of soap from fat and lye has been, historically, a household task. Only in the last century has the making of soap become a commercial undertaking. Our ancestors made soap by boiling animal fats with the lye obtained from leaching wood ashes. In this experiment, we will make soap by the same process, called saponification, but will use modern ingredients.
In the process of making soap, animal fat, which is a triglyceride, is hydrolyzed by the action of a strong base, such as sodium hydroxide, and heat. The resulting products are soap and glycerol:
CAUTION: Safety goggles must be warned throughout this experiment. This lab is intended to be done in a school lab, with adult supervision. Sodium hydroxide is very caustic, and can cause severe burns to the skin, especially when hot.
This is an investigative lab of the SAPONIFICATION process. If you wish to make soap in volume, search the web for a web page dealing with the making of soap as a craft.
MATERIALS NEEDED:
*80 ml of 6 Molar NaOH solutions
15 grams of lard
75 ml of distilled water
**300 ml hot sodium chloride solution
100-ml graduated cylinder
Wire screen
Ring stand
Ring
Wire gauze
Burner
Tongs
Stirring rod
400-ml beaker
250-ml beaker
* To make 6 molar sodium hydroxide, dissolve 19.2 grams of NaOH in enough water to make a total volume of 80 ml.
** This is just a saturated solution of NaCl.
PROCEDURE:
1. Obtain 80 ml of 6 molar NaOH and 15 grams of lard, and place 40 ml of the NaOH solution and the lard in a 400-ml beaker.
2. Heat to boiling, on a standard ring stand set-up, then continue boiling the mixture over the lowest flame that will sustain the boiling process. Stir the mixture constantly to avoid spattering. If Spattering occurs, remove the flame and continue stirring the mixture. Replace the flame and continue heating after the spattering stops.
3. Continue boiling and stirring for about 20 minutes, or until it appears that most of the water has been evaporated. Then carefully add the remaining 40 ml of NaOH solution and continue boiling for an additional 20 minutes or until most of the water has boiled off. DO NOT LET IT BOIL DRY.
4. As the crude soap cools, a waxy solid should form. Add to it about 25 ml of distilled water and about 100 ml of hot, saturated sodium chloride solution. Stir the mixture, breaking up lumps with your stirring rod. Decant the wash solution by pouring it through a wire screen, which will trap small soap particles.
5. Repeat the wash process twice. After the final washing, press the soap between two sheets of paper towlling to expel as much water as possible.
YOU HAVE MADE LYE SOAP.
Posted by SERIKANDI_BIOLOGI at 9:09 AM 0 comments
PUASA BERI KEKUATAN DALAMAN
Oleh: Dr. Mashitah Ibrahim
Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.
Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi qadak dan qadar Allah.
Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan
ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan
orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat
kepada Allah doanya mudah diperkenankan.
Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.
Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''
Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang
yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan
perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.
Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa
adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu.
Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita
bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.
Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami
bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi
penggerak kepadanya. Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana keimanan yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuh yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang lapar dan sedikit jumlahnya.
Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya
kekuatan rohani ini berkesinambungan. Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan Syaaban.
Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang
terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.
Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati
juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.
Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.
Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.
DR. MASHITAH IBRAHIM
Penolong Profesor di Jabatan Quran dan Sunah, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Posted by SERIKANDI_BIOLOGI at 8:55 AM 0 comments
SELAMAT DATANG RAMADHAN...

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Firman Allah S.W.T:
“ “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183) ”
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“ " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......." ”
Niat puasa Ramadhan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
* Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
* Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
* Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Posted by SERIKANDI_BIOLOGI at 8:45 AM 0 comments
CINTA UKHWAH FILLAH

Remaja dan cinta- dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lalu hati remaja sering berkata “ apakah salah kami bercinta?” ya..rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Namun, Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang seringkali dilanggar. Disinilah remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah.
Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana Allah mencintai manusia. Allah ingin keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadi. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta terlarang akan membawa banyak implikasi negative dalam kehidupan.
CINTA MUJAHID MUDA
Kini muncul pula fenomena baru, ‘cinta ukhwah’ yang mula bertiup hebat di kalangan para remaja dakwah yang digelar ‘mujahid/mujahidah’ muda. Semoga persoalan yang dilontarkan cukup untuk membuka mata para mujahid muda dalam menafsir erti ukhwah fillah. Menurut seorang ustaz, istilah cinta ukhwah terbit hasil dari islamisasi perasaan cinta remaja yang dialami dan istilah ini jelas ditujukan buat para mujahid muda. Amat malang apabila melihat kesucian ukhwah itu dicemari oleh mereka yang bergelar mujahid muda. Keliru atau mengikut nafsu?
Tidak salah berukhwah tetapi para mujahid harus sedar, wujudnya hijab yang kuat dalam ukhuwwah antara seorang ar-rijal dan an-nisa’. Berhubung secara kerap atau boleh menimbulkan fitnah dan maksiat jelas dilarang dalam agama. Ingatlah mujahid muda, bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa sekalipun. Cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkan’ dengan membuat alasan pelbagai itu dan ini.
Kesimpulannya hanyalah satu, bercintalah secara berilmu. Jangan rosakkan dunia intelektual Islam dengan suasana jelik penuh hipokrit. Jangan nanti ilmu hilang, cinta pun melayang. Bersabarlah sebentar atas nama ilmu. Jodoh tak ke mana. Yang akan ke mana adalah nilai diri dan kesan budaya intelektual di kalangan anda. Malulah dengan hati yang baik dan perasaan yang telah lama terdidik yang mungkin lebih tahu berbanding nafsu yang sering mengajak dan kita terus menurut. Jangan memangsakan ungkapan ukhwah fillah hanya untuk menutup niat lain kita. Semoga kita sentiasa dirahmati dan mendapat petunjuk Ilahi..
SEDARLAH WAHAI SAHABAT…
Posted by SERIKANDI_BIOLOGI at 8:19 AM 0 comments
MENCARI TEMAN SEJATI…..

Mencari teman sejati.
Semua orang mencari teman sejati. Teman yang memahami dan dapat berkongsi segala susah, senang, suka dan duka.Teman yang segala-galanya baik dan sempurna untuk didampingi. Mereka tidak akan bersama teman yang nanti boleh mengkhianatinya, membongkar rahsia-rahsianya atau lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Dengan kata lain, manusia samada baik atau buruk perbuatannya pada perspektif umum, akan tetap memilih untuk bersama orang-orang yang baik pada pandangannya.
Siapakah Teman Sejati?

Kita sering mencari teman yang bukan sekadar dapat berkongsi sesuatu malah dapat menyelaminya jauh ke dasar makna. Bukan sekadar dapat bersimpati terhadap musibah malah memiliki empati yang sangat halus meresap jiwa. Jauh sekali jika berteman tatkala senang, berenggang tatkala susah.
Siapakah agaknya teman sejati?
Orang yang bergelar kawan@ sahabat? Dan lebih suka dengan penggunaan istilah SAHABAT. Paling tepat untuk teman sejatai. Sahabat memiliki makna yang cukup dalam dan penuh rahsia. Padanya ada jawapan bagi sebuah keakraban. Mereka yang mendampingi Nabi s.a.w pun digelar sahabat. Ini member maksud yang cukup istimewa dan rapat. Rapat tidak semestinya bergandingan tangan apabila berjalan, namun perhubungan hati yang berbenih ketelusan dan kasih sayang.
Kata orang pula, kawan dan sahabat tak sama. Betul ke? Kawan, di mana2 pun boleh dapat, asalkan boleh bertegur sapa. Kadang-kadang, hanya bertemu di bus-stop sampuk-menyampuk tentang bus yang lambat datang pun dah boleh jadi kawan yang dapat duduk sebangku di warung kopi. Tapi, bila kita susah, kawan rapat bersentuh bahu pun tak tegur. Kita bagaikan orang asing untuk disapa. Lebih jauh lagi, mereka mengelakkan diri dan tak kurang pula yang menambahkan lagi beban di hati. Maka dapatlah jawapan, Oh….rupanya kawan hanyalah teman untuk ketawa bagi mengisi ruang kosong!!!
Kenapa Perlukan Teman Sejati?

Hidup ini tentu sekali membosankan jika tiada teman di sisi. Apatah lagi tanpa teman sejati atau sahabat yang akrab. Teringat pula kisah Nabi Adam a.s semasa di syurga. Keseorangan …dan hidup sunyi walaupun di kelilingi pelbagai kenikmatan di syurgawi. Melihat burung berpasangan, timbullah pula rasa ingin berteman. Padanya lahirnya perasaan rindu. Rindu sebagai satu dorongan yang kuat untuk mendapat seorang teman. Padanya juga lahir perasaan cinta. Cinta yang menzahirkan perasaan yang suci dari lubuk hati. Lantas Allah Maha Mengetahui..Dia telah menciptakan teman bagi Adam a.s dari tulang rusuk kirinya. Tulang yang paling hampir dengan hati (sanubari), tempat terbitnya segala perasaan. Lantas, terciptalah Hawa, wanita sempurna yang memenuhi segala impian Adam a.s. Terubatlah kesunyiannya dan lahirlah keturunannya. Kitalah keturunannya, generasi yang bernama manusia!!!
Bagaimanapun, apa yang ingin disampaikan di sini adalah lahirnya teman sejati itu adalah dari ketulusan hatinya sendiri. Sejauh mana kesucian dan ketinggian peribadinya, maka terbitlah teman itu dari pekertinya.
Mencari Teman Sejati?
Bayangkan tatkala kita dalam kesusahan. Paling mudah, kita dalam konflik permasalahan. Tertekan dengan banyak perkara dan memerlukan seseorang di sisi. Siapakah orang pertama yang terbayang di mata kita? Orang yang tatkala mengingatinya saja sudah memberikan kekuatan dan kedamaian pada hati. Orang yang kita anggap paling memahami dan paling dipercayai. Sekurang-kurangnya dapat member sokongan bagi mengatasi kebuntuan diri..Siapakah dia??
Mengapa Sukarnya Mencarinya?
“Alangkah susahnya mendapat kawan..” (Dunia Yang Sepi- Hijjaz). Sebenarnya, kita tidak akan menemui teman sejati selagi mana kita tidak pernah menjadi seorang teman yang sejati kepada sesiapapun yang pernah berdampingan dengan kita. Orang lain juga sama seperti kita, mencari teman sejati. Jadi, mereka juga memilih dan berhati-hati. Jadilah teman sejati untuk orang lain , nanti kita akan mendapat teman sejati untuk diri sendiri. Jangan berangan untuk memperolehi teman yang baik jika kita tidak pernah menjadi teman yang baik untuk sesiapa pun. Sifirnya mudah, kita tidak akan dihormati jika kita tak tahu menghormati orang lain. Kita akan mendapat hasil dari benih yang kita tanam.
Bagaimana Mengenali Teman Sejati?
Diangkatnya sekumpulan ummah yang terdahulu sebagai sahabat di sisi baginda Rasulullah SAW adalah sebagai satu penghargaan dari ketulusan rohani dan semangat mereka yang telah sanggup berkorban jiwa dan raganya untuk Allah dan Rasul. Ungkapan “SAHABAT” itu telah menjadi sebegitu besar adalah sejajar dengan peranannya yang bukan sekadar pendamping dengan keriuhan dari keriangan hidup semata-mata malah ianya membawa satu makna sebagai kesanggupan untuk berkongsi kegetiran bersama malah berkorban demi satu jalinan persahabatan yang benar di sisi Tuhan.
Manakala apabila kita ingin mengungkapkan makna persahabatan pada seseorang manusia tentu sekali tidak semudah sebutannya malah apabila difikirkan untuk melaksanakannya,ia boleh menjadi begitu rumit pula kerana padanya ada satu amanah yang perlu ditunaikan. Amanah itulah pula yang akan dapat memberikan kebahagiaan abadi jika benar-benar dilaksanakan. Lantas termasuklah mereka dalam kumpulan orang yang dijamin mendapat naungan ‘Arasy di mahsyar kelak kerana mereka adalah orang yang berkasih-kasihan kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Tidak ada pada mereka melainkan nasihat-menasihati demi kebaikan dunia dan akhirat dengan amar ma’ruf wanahi munkar
Jawapan Bagi Teman Sejati.
Teman sejati adalah insan yang lahir daripada diri sendiri. Mereka adalah orang yang berada di sekeliling kita. Tidak terbatas oleh jantina atau usia bahkan mereka tidak semestinya sama seperti kita. Mereka mungkin dari kalangan rakan sebaya atau guru, atau juga ibu, ayah, abang, kakak, adik, isteri/suami atau bagi para waliyullah teman sejatinya adalah Tuhan.
Paling penting, mereka ada pada rahsia hati. Tatkala bersama, ia bagaikan satu jaminan untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Kenapa tidak, jika wujudnya bagaikan cahaya yang sentiasa memberi sinar dalam merentasi kehidupan yang penuh onak dan duri. Nafasnya adalah syariat yang sentiasa bersandarkan kepada Allah dan Rasul. Padanya ada cermin yang dapat memperbetulkan kepincangan diri. Tetap berdiri di atas kebenaran hakiki demi sebuah jalinan diredhai Ilahi. Teman yang sentiasa dapat mengingatkan kita kepada Allah. Teman yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Teman yang tidak menjalinkan hubungan dengan kita atas sesuatu sebab atau demi kepentingan tertentu melainkan semata-mata KERANA ALLAH…
Posted by SERIKANDI_BIOLOGI at 7:34 AM 0 comments

